MY frENZ

MY frENZ

Saturday, May 26, 2007

ConFIus SEdUNIa..

Gud DAy..aku kembali semula ke arena blog setelah lama mententeramkan jiwa raga..Hehehe jiwa kacau..ceih..geli makcik!Busy lah sebenarnya..Apepun life makin stabil and enjoy!Aku terima undangan ke majlis perkahwinan classmate aku norumaira sabtu depan ngan senior aku Abg Azizi yang mana aku kurang kenal coz aku dulu mana pandang sangat senior..buang karen jek..heee lagi poyo!Nak kawin dah dia,isk la awalnye tapi baguslah tue, org kata keberkata seorang wanita itu adalah 1. Cepat Kahwinya. 2. Murah maharnya 3. Ramai anaknya..Hope la umai and sahabat ku yang lain kategori wanita berkat termasuk lah aku..heee
MEmandangkan aku masih single mingle akibat hidup seharian yang sibuk hingga tak memungkinkan aku memikirkan cinta..Tiba-tiba aura cinta itu datang which is aku mengingati dia yang dah lama aku lupekan..Setelah 5 bulan kami berpisah dengan 3 bulan yang pertama agak sukar bagi aku and seterusnya aku stabil hingga aku lupe cane perasaan aku terhadap dia dulu..Malam tadi buat pertama kalinya aku teringat akan dia yang pertama berjaya mencuit hati aku untuk mengaku adanya cinta..heee sastera poyo zaman silam je macam!kah3
Semua ni akibat aku layan borak kat YM ngan si naem sahabat baik dia la..Isi borak tue pastinya aku da tertanya hal dia..OOOO belum da gf lagi..macam masih ada peluang tapi masalah aku dah tak de rasa pape lagi pun nie..ntah bila la plak aku akan kembali normal aku pun tak tahu..ape yang pastinye aku terkena tamparan hebat dek borak ngan si naem kerana telah membuatkan aku kembali mengingati kisah-kisah semasa bersama dia. Aku layan je lah,aleh2 aku nangis coz da sedikit rasa nyesal tapi aku tak betah pada nyesal tue coz bagi aku tiada penyesalan dalam hidup aku..Menda dah jadi and aku kena redha..Ape pun aku dah stabil and kembali seperti sedia kala..
Ntah macam mana dok layan jiwa malam tadi Faizal, opismate aku msj aku..emm dia nie kalo korang nak tau mmg baik, semua ciri lelaki aku suka ada pada dia sebenarnya tapi aku lah yang bukan ciri wanita dia cari..heheheh mmg best lah orangnye tapi aku kesian kat dia nie..dia masih tak dapat lupekan 1st love dia dulu..emm after all aku tau dia sincere sangat ngan dat gurl which is so cute actually. That gurl belaja kat UM amek pendidikan and now gurl tue dah ada yang punya.Aku sedih gak tgk Faizal coz dia masih cari awek dia, paling aku tahan dia ada kol ex dia tue just nak dgr suara then diaa letak fon semula. Dia ada gak cakap kat aku dia nak cari pempuan yang fotokopi ex dia baru dia leh lupakan gurl tue..Aku tak paham nape pempuan tue tinggalkan dia which dia nie mmgbaik, penyabar, lembut hati and susah cakap dia comel macam kucin sedang senyum!ngiau..ade ke plak ek!
Semalam dia dapat masuk frenster and jupe ex dia tue..isk2 aku kalo tak malu mmg dah nangis tgk dia..punya lah dia tgk gambar ex dia..Ex dia mmg comel takleh nak dinafikan lah!Tapi tu lah Faizal tgg lagi gurl tue..isk sincere gile lah Faizal nie..Aku doakan yang gurl tue satu hari nanti akan jupe Faizal semula and mereka boleh bersama.Aku dah tak larat tgk Faizal nie menderita.After all aku jadi kawan yang baik buat Faizal. Hope dia boleh hepi seperti mana yang dia deserve kan..
Too hurt seeing him like this, always remember that girl and talk about how cheerful he is be with her..Kelakuan dia buat aku teringat wafi sebenarnya!kan Best kalo Wafi macam Faizal, aku pasti jadi wanita terbaik buat dia..huhuhu SEDIH!
Dah..setakat nie jek luahan aku yang berbuku 2,3 hari lepas!Ape pun bagi aku, teruskan hidup and jangan biarkan diri kita berada dalam kisah silam yang membengkakkan jiwa.
To my gud fren Faizal: Berhentilah berharap and fokus lah pada wanita lain yang mungkin lebih baik dari gurl tue..

Tuesday, May 22, 2007

Hai..Gud Day..huh!dah lama diam ek...Banyak sangat keje nak setel and banyak sangat menda jadi kat aku lately.Gud News aku terima adalah top management kat tempat keje dah tukar..memang hepi sangat!Bad news plak ada org dengki kat aku and hari ni aku nangis pasal geram sume..macam bangang jek aku terinvolve dalam masalah jiwa busuk manusia nie..agak tertekan tapi ape leh wat..Aku telah di nasihatkan untuk tidak bergaul dengan mereka yang non exec oleh bos aku. Pasni malas dah aku nak beramah mesra cam selalu..wat baik pown ada yang dengki baik aku wat bodo and selamatkan jiwa aku dari tertekan..


Ahad hari tu best sangat Dyna,my gud fren ajak datang umah dia da majlis doa selamat..kami dtg lewat tak sempat nak baca yassin kat umah Dyna tapi kami makan..Dari pukul 11 sampai 4 ptg kat umah Dyna..punya lama dok kendurti umah orang..Thanx Dyna..Lauk tue sume sedap and bubur durian tu jek wat aku panas badan sampai malam..Mak ko memang best Dyna..heee


Ape lagi ek..tu jelah..aku skang dalam fasa bersedih and kurang hepi atas ape yang berlaku kat opis..ntahla ape yang nak jadi hikmah nie jadi menda gini. Manusia nie memang kalau da masalah hati busuk cam bangkai sanggup jek watpe..HIPOKRIT..menyamb

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi
dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat
maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang
menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.