MY frENZ

MY frENZ

Saturday, April 14, 2007

MaTI dAH taK LaMA






Hai Gud DAy...emm sejuknye!ngeh3..ari ni koje tak de watpe pun coz bermalas-malasan..otak dok piki nak balik makan.Nak pulok sejuk dek air cond nie tgk lak gambar-gambar kat tempat sejuk tu yang tepek gambar tue..heee

Ala bestnye ek kalo dapt dok kat umah yang tengah salji cenggitu.heheh mau freeze.Nak kumpul duit pi bercuti bila dah tua ngan hubby aku lah..kah3 merepek jek kojenye aku nie..

Arini as usual ada sesuatu aku nak share nie pasal tanda-tanda kematian. Dok kite syok piki nak kumpul reta dunia musti kadang2 lupe hal lain kan..sama lah aku pun,Dok belek2 inbox aku tiba-tiba dapatlah ilmu nie:

Tanda kematian hanya Allah bagi kat org Islam jek yang kafir tu depa mati takde nak signal dah.Rentap ajek lah nyawa dorang.Hikmah nape camtu supaya kita umat Islam nie boleh amek pengajaran and bertaubat segera.

Tanda 100 hari sebelum mati

Sama ada sedar atau tidak semua umat Islam akan diberikan tanda akan kematian.Lazimnya selepas waktu asar dimana seluruh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki akan mengalami getaran atau menggigil. Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati mereka bahwa aakah ini tanda kematian?Getaran itu akan hilang dan berhenti bila kita menyedarinya. Bagi yang tahu dan sedar pastinya akan bergegas mengerjakan lebih banyak amalan untuk menyediakan diri menghadapi hari tersebut.

Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda itu berlaku sesudah waktu asar dimana bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita yang terletak di atas Arasy Allah gugur.Maka malaikat maut akan mengambil daun kita dan mula membuat persiapan untuk kita antaranya mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika terjadi,mereka yang terpilih akan terasa bingung. Malaikat maut ini hanya seorang tapi kuasanya untuk menyabut nyawa adalah bersamaan dengan orang yang dicabut nyawanya.

Tanda 7 hari sebelum mati

tanda ini diberikan kepada mereka dengan diuji musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak berselera untuk makan tiba-tiba berselera makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Rasa dekat je plak nak mati..bersegeralah kita beramal takut lak tak perasan sume tanda tue..keep up a good work to be a better muslim.Amin....

Friday, April 13, 2007

ApE 3 CaHAya TuE???

Haii Gud Day..emm hari ni aku simpulkan sebagai hari yang best jugak coz aku banyak sangat keje kat opis nie..Hari nie hari kedua aku berjaya wat formulasi feminine wash..ngeh3!semalam aku boh gamat extract arini aku nak boh temulawak plak..Ape rupe jadi lak!
Dalam konon2 aku bizi nie,aku da dapat baca satu emel yang dirasakan menarik boleh lah nak kongsi ngan kengkawan nie..pasal 3 cahaya:
Nak tau tak di hari kiamat nanti akan ada 3 cahaya which are cahaya tu adalah:
1.Cahaya pertama sepeti bintang-bintang
2.Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
3.Cahaya ketiga seperti cahaya matahari

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di
dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."
emm sangat menggerunkan rasanya kalo kala jengking ni dok cari aku sebab buat perkara-perkara tadi..emm sama2 lah kita berusaha menjaga amalan hidup kita seharian supaya tak payah nak kena date ngan Huraisy tue..

Thursday, April 12, 2007

UnTUk MaK - NoR AzIAh MohAMed NoR

GUd Day..As usual aku melalui hari yang tenang dan bahagia..bangun pagi2 tengok mak ngah kelam kabut nak masak sarapan,pagi nie mak sempat gorengkan mee and buat air nescafe.Siap-siap nak pegi pejabat tengok mak dah letak bekal untuk aku for tengahari nanti..Ntah nape aku sedikit tercuit hati pagi nie..Dulu aku pernah kata kat maka tanak lagi bawa bekal coz aku tanak makan,mesti mak terasa ati sangat tapi dia tetap buatkan jugak and aku tetap bawa gak.haha dah tu aku tetap makan gak takkan nak buang plak..
Mak lah tempat aku bercerita suka duka.Mak gak la antara orang penting yang buat aku tensen sometimes tapi mak sangat aku hargai..betol la kata orang, mak kalo dah takde takde tukar lagi dah.Tak dapat nak bayangkan kalo aku bangun pagi tak dengar mak aku berteriak gerak aku bangun, mesti sedih tengok dapur tue kosong mak takde dok memasak, lagi sedih tengok atas meja kosong mak tak bagi bekal dah. Mesti tensen balik keje tak tengok mak and mesti gak sunyi tak dengar dia nak bebel menda remeh.emm sangat tak best tanpa mak.
Pernah tue kadang-kadang geram sangat kat mak,aku terdetik hati nak pindah rumah tapi bila dah hilang mendidih hati.Aku tanak pun sebab tak sanggup lagi dah jaoh ngan mak aku tue.Aku rasa baik aku tahan tinge jek dari aku merana dok jauh ngan dia.
Pagi nie, aku dapat emel-Sayangi Ibu kamu tajuk dia..ada la sket stori nak share:
Seorang anak berlari mendapatkan ibunya yang sedang sibuk memasak untuk makan malam lalu menghulurkan sekeping kertas
Kos upah membantu ibu:
tolong pergi kedai 4.00
tolong jaga adik 4.00
tolong buang sampah 1.00
tolong kemas bilik 2.00
tolong siram bunga 3.00
tolong sapu sampah 3.00
JUmlah 17.00
selesai membaca ibu mapu tersenyum sambil memandang anak kecilnya itu.Lalu ibu mengambil sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama:
kos mengandungkan kamu selama 9 bulan percuma
kos berjaga malam kerana menjaga kamu percuma
kos air mata yang menitis kerana kamu percuma
kos kerunsingan kerana bimbangkan kamu percuma
kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluan kamu percuma
jumlah keseluruhan nilai kasihku adalah percuma
Air mata si anak berlinangang apabila membaca tulisan ibunya itu. Si anak menatap wajah ibu dan memeluknya sambil berkata 'saya sayangkan ibu'. Anak mengambil pen dan menulis sesuatu di atas kertas 'telah dibayar'
emm terharu....aku nak bagi sesuatu kat mak aku sempena hari ibu nanti dan akan sentiasa menghargai wanita yang bernama mak itu.
Along Sayang Mak.Sayaang sangat....

Tuesday, April 10, 2007

RaSA nAK BerLAki..HUH?

NAK BERLAKI?ngeh3 merepek ek..sejak dua menjak nie mmg aku rasa sangat alone lah..tgk sume org ah berpasangan.Kawan2 pulak ramai yang dah berdua nak bertiga berempat pun ada..emm sangat sunyi actually,belum ada yang aku nak cring,amek tau hal,rasa menyayangi.Bertuah kawan-kawan aku yang mana dah jupe buah hati masing-masing.Nak pulak aku dengar bite kawan sekolah dulu,classmate nak ke jinjang pelamin dah..Alhamdulillah..bertuahnya badan..
Seminggu dua nie ada lah aku bertembung ngan si dia yang dah lama mencuit hati aku nie. Tapi malu lagi nak tegur,Dia pun lalu laju jek sebelah aku, sebelah mata pun tak pandang..ye lah sape lah aku ni kan di mata dia..Tapi akummg admire dia sangat2 and memang ngah berusaha keras nak masuk meminang dia. Dalam dia tak sedar aku dalam usaha menyimpan duit sket2 semata-mata nak bagi surprise kat dia betapa ikhlasnya aku cinta kat dia.Aku nak ikat tali pertungan langsung mendirikan rumah tangga..
Ha,terkejut ke korang..aku dah nak berlaki sangat nie..emm aku gile bayang Hyundai Getz lah..kadang2 sedara mara dia lalu aku usha lah gak.chevrolet Aveo or Honda Jazz..tapi aku takat senyum jek tapi aku tak leh tahan kalo tgk si encem Getz tue..hehehe ape aku merepek nie.
So far, ari yang berlalu sgt epi jek walaupun deep down ada lah rasa sedikit sunyi tanpa kawan yang selama nie rapat.Aku bagi sapce lah kat dia and tanak piki sangat hal dia,aku pun ok jek meeting new frens,sharing new stories..aku doa jek dia ari2 tanda ingatan kau kat dia.Biarlah dia cari ketenangan.Em semalam aku berpeluang nyembang ngn Eon kat Yahoo Messenger..tak sangka dia sangat best bila borak..klako sangat and epi lah..dulu time sekolah nak tegor pun tak berani..semalam pertama kali aku borak ngan dia, people change..aku tak segan pun ngan dia dah..hari nie dia present final project..Gud Luck Eon..Ko mmg besh..rugi tak kawan ngan ko dulu.ngeh3
Special Wish to my future Hubby..I hope you can wait for me. My love is too sincere and I really love you..setinggi langit di awan, kan ku kejar bahagia mu..I cilok lirik lagu siti la ayang..

Monday, April 9, 2007

SleePY SunDaY

Sunday is the most favourable day for me..I really wait for the day..Day that makes me feel relax,no stress, no traffic jam..heheh ari ahad sape lak nak pi keje..mabuk ape..emm malam tadi aku tido ngan nenek aku..hihihi sangat swit dapat tido sebilik ngan my grandma..tapi aku tido lajak plak sampai pukul 11 pg..MasyaAllah nenek aku dah semcam je dah..dok piki ngape lah tido lama sangat nih..emm pedulikan..aku sangat mengantuk tapi bangun lah gak nak makan,perot lapa tapi mata ngantuk sangat tak hengat punya..Mak masak bihun sup..ini lah untungnya dok ngan famili,makan dah ada, sume dah ada hahaha..mmg takleh pakai aku nie,sape kawin ngn aku mmg tak bape nak untung.ngeh3..
Perut kenyang jek terus rasa nak tido lagi,aih tak tau nape ngan arini mmg nak tido jek kejenye..Rasa mgg nie sangat meletihkan keje siang malam..sangat meletihkan,Ija boleh kata aku nie workaholic..emm tak jugak rasanya.
lagipun aku bukan ada bf boleh nak hang out cam member yang lain,lagi pulak kawan2 aku sume pun nak spend cuti dok kat umah,aku amek kesempatan arini untuk tido jek lah..huhuhu nak kuar pun rasa cam tak best jek coz mata aku mmg sangat berat..oww hari ni mmg sleepy day bagi aku.huhuhu
Ape pun aku da terbaca sesuatu kat seseorang punya page, If dreaming is the only way to be with u then i'll never open my eyes..hape aku merepek nie.Aku sangat mengantuk arini.hahaha sape2 ajak alh aku kuar..cian aku.