MY frENZ

MY frENZ

Saturday, April 14, 2007

MaTI dAH taK LaMA






Hai Gud DAy...emm sejuknye!ngeh3..ari ni koje tak de watpe pun coz bermalas-malasan..otak dok piki nak balik makan.Nak pulok sejuk dek air cond nie tgk lak gambar-gambar kat tempat sejuk tu yang tepek gambar tue..heee

Ala bestnye ek kalo dapt dok kat umah yang tengah salji cenggitu.heheh mau freeze.Nak kumpul duit pi bercuti bila dah tua ngan hubby aku lah..kah3 merepek jek kojenye aku nie..

Arini as usual ada sesuatu aku nak share nie pasal tanda-tanda kematian. Dok kite syok piki nak kumpul reta dunia musti kadang2 lupe hal lain kan..sama lah aku pun,Dok belek2 inbox aku tiba-tiba dapatlah ilmu nie:

Tanda kematian hanya Allah bagi kat org Islam jek yang kafir tu depa mati takde nak signal dah.Rentap ajek lah nyawa dorang.Hikmah nape camtu supaya kita umat Islam nie boleh amek pengajaran and bertaubat segera.

Tanda 100 hari sebelum mati

Sama ada sedar atau tidak semua umat Islam akan diberikan tanda akan kematian.Lazimnya selepas waktu asar dimana seluruh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki akan mengalami getaran atau menggigil. Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati mereka bahwa aakah ini tanda kematian?Getaran itu akan hilang dan berhenti bila kita menyedarinya. Bagi yang tahu dan sedar pastinya akan bergegas mengerjakan lebih banyak amalan untuk menyediakan diri menghadapi hari tersebut.

Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda itu berlaku sesudah waktu asar dimana bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita yang terletak di atas Arasy Allah gugur.Maka malaikat maut akan mengambil daun kita dan mula membuat persiapan untuk kita antaranya mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika terjadi,mereka yang terpilih akan terasa bingung. Malaikat maut ini hanya seorang tapi kuasanya untuk menyabut nyawa adalah bersamaan dengan orang yang dicabut nyawanya.

Tanda 7 hari sebelum mati

tanda ini diberikan kepada mereka dengan diuji musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak berselera untuk makan tiba-tiba berselera makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Rasa dekat je plak nak mati..bersegeralah kita beramal takut lak tak perasan sume tanda tue..keep up a good work to be a better muslim.Amin....

3 comments:

13may said...

nice entry indeed!

Sunan_Jati said...

very nice entry indeed!

ZueRieNa said...

hape korang nih!meacih..