MY frENZ

MY frENZ

Friday, April 27, 2007

KuBUr MenYEru ManUSia

Gud Day..Korang semua sedar tak yang kite nie selalu jek diseru-seru..hari-hari pulak tue..mesti kita tak sedar punya sebab kita nie besalah busy omputeh kata..Busy sangat lah macam segala hal nak wat sehari. Mungkin jugak ada yang sedar bagi mereka yang tinggi ilmu agamanya tapi aku yang serba kurang nie kena selalu dengar tazkirah..Macam besa hari jumaat ada tazkirah ringkas and aku sempat mencatatkan isi kandungan tazkirah tue..

Sedar atau tak? Setiap Hari Kubur Menyeru Manusia Sebanyak 5 kali..
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Tahukah kamu bahawa terdapat 5 Racun Berserta Penawarnya?
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Tahikah kamu Kesan Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Saje jek kongsi buat ingat-mengingat sesama muslim. Berpesan-pesan pada Al-Quran. Kita memang tak sedar dalam sehari susah nak perasan menda-menda nie.Mungkin arini kita perasan tapi besok kita lupa..Peganglah pada Janji Allah Bahawa jika kita sentiasa mengingati-Nya semasa kita senang Allah akan setiasa ingat pada kita masa kita susah..

p/s: Sunan, aku hapdet dah!hee